Pemangkin Kadar Metabolisma Badan

Tidak seperti makanan lain yang dihancurkan kepada molekul-molekul yang lebih kecil sewaktu proses penghadaman, diserap ke dalam dinding intestine dan jadikan molekul lemak dan protein yang dipanggin lipoprotein, menyerap masuk ke dalam aliran darah dan akhirnya dihantar ke limpa untuk menghasilkan tenaga, lemak tepu aktif di dalam minyak kelapa dara dihadamkan terus dan dihantar terus kepada limpa untuk menghasilkan tenaga dan merangsang kadar metabolisme.


Penyelidikan telah membuktikan penduduk Kepulauan Pacific mempunyai kadar metabolisma yang tinggi disebabkan banyak memakan makanan berasaskan kelapa. Ini menyebabkan mereka mempunyai kesihatan yang amat baik.


Apabila kadar metabolisma meningkat, badan manusia akan mengalami;

  • kadar pembakaran lemak dan kolestrol yang tinggi
  • kehilangan berat badan
  • pertumbuhan sel badan yang pantas
  • meningkatkan system pertahanan badan

Pembasmian Kuman Semulajadi

Dalam tahun 1966, seorang professor farmakologi dan penyelidik di Universiti Michigen telah menemui sifat antivirus dan antibakteria sejenis lemak tepu aktif yang menjadi bahan penting minyak kelapa dara.

Sejak dari itu lemak tepu aktif ini telah dikenal pasti bersifat antivirus, antibakteria, antifungus dan antiprotozoa. Sifat pembasmi kuman ini telah menjadi minyak kelapa dara satu bahan berkesan untuk menentang penyakit disebabkan oleh kuman.


Kebanyakan virus dan bakteria dilindungi oleh suatu lapisan lemak luaran ini lantas membunuh DNA virus dan bacteria.



Persamaan Minyak Kelapa Dara Dengan Kehebatan Susu Ibu

Industri kesihatan dunia menggalakkan penggunaan susu ibu sebagai makanan bayi yang hebat. Ini kerana bayi yang disusukan ibu lebih sehat dan cergas. Mereka juga dilindungi dari penyakit serta mempunyai kadar metabolisma yang tinggi.


Komponen penting di dalam susu ibu adalah sejenis lemak tepu aktif yang juga merupakan bahan penting yang sama wujud di dalam minyak kelapa dara. Dengan memakan minyak kelapa dara kita akan mendapat kesan perlindungan dan kehebatan susu ibu.

Minyak Kelapa Dara Sebagai Antioksida

Kebanyakan minyak mempunyai struktur kimia yang tidak stabil dan mudah teroksida apabila terdedah kepada haba, cahaya, kelembapan dan oksigen. Minyak teroksida membentuk radikal bebas yang toksik menyebabkan penyakit merbahaya seperti kanser dan jantung. Struktur kimia minyak kelapa dara sangat stabil dan tidak mudah teroksida. Ia mengelakkan pembentukkan radikal bebas toksik.

Minyak Kelapa Dara Merencatkan Virus HIV

Berbeza dengan anggapan masyarakat barat selama ini bahawa minyak kelapa merupakan minyak yang mengandungi kolestrol dan menyebabkan gangguan jantung dan pembuluh darah, beberapa kajian terbaru menunjukkan minyak kelapa dara mampu melindungi kesihatan. Kajian oleh Enig MG (tahun 2001) dan kumpulannya menunjukkan 50 peratus asid lemak pada minyak kelapa dara adalah asid laurik dan tujuh peratus lagi asid kapriat. Keduanya adalah Asid Lemak Tepu Rantaian (MCFA) yang mudah dimetabolisma dan tidak meningkatkan kadar kolestrol dalam darah.


Dalam tubuh, asid laurik akan berubah menjadi sebati dengan monolaurin dan asid kapriat diubah menjadi monokaprin. Keduanya bersifat anti virus, anti bakteria dan anti protozoa dan kini dikembangkan untuk melawan HIV / AIDS.

Minyak Kelapa Dara Sebagai Anti Kanser

Minyak Kelapa Dara mengandungi medium chain triglyseride (MCT) yang hampir sama dengan lemak yang terdapat dalam air susu ibu (ASI). MCT ini mempunyai kesan nutrien yang sama dengan ASI. Dan MCT inilah yang menjadikan Minyak Kelapa Dara boleh mengatasi dan mencegah kanser.

Sifat antimikrob MCT pada minyak kelapa dara membantu tubuh menghilangkan bakteria penyebab penyakit. MCT mengambil alih tugas untuk mematikan mikrob. Dengan semakin berkurangnya jumlah bakteria yang mengganggu dalam tubuh, sel-sel darah putih akan bebas mencari dan merencatkan sel-sel kanser. Selain itu, MCT mempunyai pengaruh seperti antioksida yang mencegah tindakbalas radikal bebas dan memberikan perlindungan.


Mengapa Perlu Menggunakan Minyak Kelapa Dara

Yang 100 % Organik.

  • Membantu mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat yang ideal.
  • Mengurangkan risiko serangan jantung dan darah tinggi.
  • Mengurangkan kadar kolestrol, mengawal kencing manis dan Anti oksida yang semulajadi.
  • Tidak meningkatkan paras platelet dalam darah.
  • Mencegah serangan penyakit kerana memiliki agen Anti Virus, Anti Bakteria, Anti Fungus dan Anti Protozoa.
  • Meningkatkan kadar metobalisma dan pemangkin kelenjar thyroid.
  • Membekal sumber tenaga yang pantas.
  • Mengurangkan kedutan di kulit dan melindungi kesan ultra violet matahari
  • Mengurangkan kelimumur dan mengaktifkan pertumbuhan rambut.
  • Memulihkan luka-luka.