Minyak Kelapa Dara Merencatkan Virus HIV

Berbeza dengan anggapan masyarakat barat selama ini bahawa minyak kelapa merupakan minyak yang mengandungi kolestrol dan menyebabkan gangguan jantung dan pembuluh darah, beberapa kajian terbaru menunjukkan minyak kelapa dara mampu melindungi kesihatan. Kajian oleh Enig MG (tahun 2001) dan kumpulannya menunjukkan 50 peratus asid lemak pada minyak kelapa dara adalah asid laurik dan tujuh peratus lagi asid kapriat. Keduanya adalah Asid Lemak Tepu Rantaian (MCFA) yang mudah dimetabolisma dan tidak meningkatkan kadar kolestrol dalam darah.


Dalam tubuh, asid laurik akan berubah menjadi sebati dengan monolaurin dan asid kapriat diubah menjadi monokaprin. Keduanya bersifat anti virus, anti bakteria dan anti protozoa dan kini dikembangkan untuk melawan HIV / AIDS.